Tuesday, May 31, 2011

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga


Pernahkah kalian mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Friday, April 1, 2011

Mencari kebahagiaan hidup





Assalamualaikum sebagai pembuka cerita pd malam dingin,tiupan angin sepoi2 bahasa,ujan lebat kian reda..... Lama aku mencari, lama aku memohon, lama aku muhasabah diri, lama aku menyendiri, lama aku berfikir, lama aku mengatur langkah!!!! Untuk berjumpa kamu............. Finally, i've found YOU... Alhamdulillah.... kau muncul pd saat,masa,waktu yg tepat.. KAU PERMATA YANG AKU CARI SELAMA INI.. Aku hrp,kau akan kekal b'samaku..... Ya Allah,aku berserah kepada-Mu ya Allah... Cukuplah bagi aku ya Allah,Engkaulah sebaik-baik tempat untuk aku serahkan urusan.... Engkau Maha Berkuasa!! Hanya Engkau Tuhanku Yang Satu!!! Panjangkanlah jodoh kami ya Allah.... Saatnya akan tiba, aku tetap menanti saat itu.. La tahzan!!!!!!!!! Tabahkan hatiku utk teruskan p'juanganku ini.... Akan ku kecapi apa yg aku inginkan.. Insha Allah!!!




Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Wednesday, March 30, 2011

Assalamualaikum...asal tulis mesti saat aku sedih....asal tulis mesti saat aku gembira...isk3!!Aku da delete sume karangan aku ttg DIA!sebab aku xnk ingat lg kisah lama aku...Aku akan cuba mulakan hidup baru....Tapi kn,kenapa semakin hari hidup aku semakin.........................tah aku sendiri xtau nk habaq mai kt hampa lagu mana...Mungkin aku belum biasa lg dgn keadaan mcm ni..Aku akan berusaha utk kembalikan keadaan seperti sedia kala..

Ermmm.....Ramai perempuan yg berkawan dgn aku lps aku mulakan hidup baru ni....Aku anggap jela diorang mcm kwn..xde pulak perasaan lebih daripada tu...Maybe ada kut yg aku sangkut,tapi xperlulah aku ceritakan disini....Biarlah rahsia ni aku simpan.....Kenal lama xde la jugak..Baru lg knlnya...Bila dah sangkut tu,kwn2 yg lain tu,aku bkn xnk contact lg,tapi aku nk jaga hati orang yg aku t'sangkut tu..Kalau nk b'tanya khabar tu blh laa....Aku xnk dilukai,mengecewa,dikecewakan LAGI!! Ya Allah,sebenarnya kan,aku b'syukur sgt2!!! sbb dpt knl dia..Xpernah lg aku jumpa perempuan sebaik dia..Rupa paras xpenting pd aku...Rasanya tu jela aku nk tulis mlm ni...Malas tulis panjang2!satgi ada pulak t'jojol bijil mata membacanya..hahaha...

Assalamualaikum!

Wednesday, February 16, 2011

JANGAN MENGHINA KAWAN!!!!

Mengapa harus menghina kawan dengan ucapan yang menyakitkan?! Bila kita tidak mau dihina dan disakiti maka kita jangan menghina kawan. Rasanya tidak enak sekali pergi ke sekolah bila ada orang yang suka menghina. Biasanya orang yang suka menghina, dia merupakan orang yang selalu merasa lebih tinggi daripada yang lain, dan hal ini membuat dia menjadi sombong dan terus menghina orang lain. Akibatnya orang yang sakit hati karena dihina olehnya berbalik menghina dia, dan akhirnya suasana menjadi tidak enak. Padahal harusnya datang kesekolah untuk mencari kawan dan belajar banyak dari berbagai kawan yang memiliki bermacam-macam kelebihan. Namun karena sudah saling menghina satu sama lain, mengakibatkan suasana di sekolah menjadi tidak nyaman dan kadang-kadang membuat anak-anak menjadi malas pergi ke sekolah. Sayang kan bila kita tidak ke sekolah hanya karena suasananya yang tidak nyaman.
 
Cubalah buka surah al-Hujurat (49) ayat 11 :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Dalam surat tersebut ALLAH melarang orang untuk saling menghina. Subhanalloh ALLAH selalu mengerti persaaan kita yaa?!

Monday, February 7, 2011

INSANI



=>Andai engkau tegakkan perkasihan,tegakkanlah di atas laman keakraban.

=>Andai engkau tuba kolam percintaan,tubalah di dasar wajah kejernihan.

=>Andai engkau daki puncak kasih sayang,dakilah ia di pinggir tebing keluhuran.

=>Andai engkau semai pucuk kemesraan,semailah ia di atas taman sefahaman.

=>Andai engkau susur sungai perkongsian,susurlah ia dengan sampan kesetiaan.

Kehidupan ini...adalah tugu kasih sayang yang kukuh,kolam persahabatan yang teguh,gunung setiakawan yang utuh,sungai kebahagiaan yang teduh.Bersama susuri arus kehidupan,cekal melawan gelombang cabaran.


























Rasulullah SAW bersabda: ''Barangsiapa yang tidak menyayangi manusia,
maka Allah SWT tidak akan menyayanginya.''(HR.Bukhari,Muslim dan Tirmizi.)








Sunday, February 6, 2011

Istinjak Menggunakan Tisu Insya Allah

adalah lebih baik , menggunakan tisu terlebih dahulu,

then da toss, baru basuh dgn air,

Insya Allah lebih yakin, xde najis yg tertinggal lagi Insya Allah

kalau basuh dgn air terus, tnpa tisu, di kuatiri masih ada najis yg tertinggal

akibatnya , kain tuala yg di gunakan , terlekat najis 
igt kering , sbb mmg dah suci, tp najis kering di sebabkan tuala tersebut

so better guna tisu terlebih dahulu then da toss, baru basuh dgn air, k

saya pernah nmpk wanita hamil, nak g tndas, dia bawak tisu dulu

 Insya Allah,

so guna la tisu, beli tisu tnds ( yg gulung tu ) , satu bundle baru RM6 stgh, RM4 pun leh dpt
kalau kt tesco . ( dlm satu bundle ada 10 gulung )

Insya Allah, mdh2an amal ibadat lebih yakin

sbb najis yg masih ada pada seluar, bhya , sbb salah satu azab kubur yg kuat, adalah istinjak


 yg tak suci tak berdehem

 berdehem pun perlu tuan, WAJIB ketika qada hajat , k

then baru tekap dgn tisu, dah toss betul2, baru basuh dgn air, k

Insya Allah solat akan lebih yakin InsyaAllah

smoga dpt amal dan sampaikan InsyaAllah


Assalamualaikum
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

Wednesday, February 2, 2011

Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh

Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang soleh? 
  • Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh).
  • Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat. 
p/s : Orang dulu-dulu cakap kalau bercinta selepas kahwin itu indah walaupun pada tempoh awal perkahwinan, kedua-dua pasangan macam malu-malu kucing lagi, tetapi lama-kelamaan hubungan semakin rapat dan bahagia macam berada di syurga! Tetapi tengok je lah situasi zaman sekarang ni, belum berkahwin lagi dah berani main cium, nanti dah kahwin, dah tak terasa nikmat mencium lagi.


Sumber : Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh | ImamIshakHamzah
Powered By Blogger